Bursa Malaysia dibuka rendah pada pagi
KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini, terjejas oleh kegiatan membeli yang membabikan kaunter berkaitan indeks, didahului oleh Top Glove.
Pada pukul 9.31 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 6.48 mata kepada 1,563.68 selepas dibuka 4.09 mata lebih rendah pada 1,565.99.
Top Glove mengheret turun indeks komposit sebanyak 2.449 mata selepas kerugian 15 sen kepada RM7.71 kerana berita kemajuan vaksin COVID-19 telah menghapuskan kehendak risiko untuk kaunter sarung tangan getah.
Kaunter sarung tangan getah lain, Hartalega jatuh 12 sen kepada RM15.38, Kossan Rubber lega empat sen kepada RM6.60, sementara Supermax menguncup 10 sen kepada RM8.80.
Di pasaran lebih meluas, kaunter untung berjumlah 348 dan kaunter rugi sebanyak 338 manakala 384 kaunter tidak berubah, 1,092 tidak diniagakan dan 27 yang lain digantung.
Jumlah dagangan ialah 2.7 bilion berjumlah RM694.53 juta.
Malacca Securities Sdn Bhd berkata bursa tempatan akan stabil dalam tempoh terdekat dengan para pelabur terus “mengunci” keuntungan yang diraih baru-baru ini dan ini disifatkan pergerakan sihat pada masa ini.
“Kami juga berpendapat saham berharga murah akan berada pada tahap semasa dengan sebarang kelemahan akan disokong oleh kecairan dagangan yang kian baik memandangkan pelabur terus cuba mendapatkan perolehan yang lebih tinggi.
“Berikutan kenaikan harga minyak sawit mentah, sektor perladangan mungkin akan meningkat lebih tinggi dalam tempoh terdekat sementara sektor teknologi juga akan pulih, mengambil petunjuk daripada keuntungan kukuh semalaman di Nasdaq,” katanya dalam nota penyelidikan di sini.
Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank turun enam sen kepada RM7.63, Public Bank susut 10 sen kepada RM17.58, Tenaga turun 14 sen pada RM11.20, sementara Petronas Chemicals tidak berubah pada RM6.55.
Saham-saham paling cergas pula, AT Systematization dan EA Holdings masing-masing turun setengah sen kepada 26.5 sen dan tiga sen, Metronic menambah tiga sen kepada 11.5 sen, sementara DGB tidak berubah pada 4.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 34 mata pada 11,256.89, Indeks FBM Emas Shariah susut 31.68 mata kepada 13,194.89, dan Indeks FBMT 100 turun 37.56 mata kepada 11,050.95.
FBM 70 turun 17.15 mata kepada 14,544.13 dan FBM ACE lebih rendah 6.46 mata kepada 11,285.33.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menyusut 47.56 mata kepada 13,361.78, tetapi Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.47 mata kepada 153.05, dan Indeks Perladangan meningkat 7.56 mata kepada 7.185.34.
– BERNAMA