Bursa Malaysia dibuka tinggi

Bursa Malaysia dibuka tinggi

KUALA LUMPUR,. Saham di Bursa Malaysia tinggi pada pembukaan hari ini berikutan sentimen pasaran pulih daripada kesuraman yang dicetuskan oleh kejatuhan harga minyak di tengah-tengah kebimbangan penularan COVID-19.

Pada jam 9.04 pagi, Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.02 mata kepada 1,431.49 berbanding 1,430.47 pada penutup semalam.

Pada pembukaan, Indeks FBM KLCI dibuka 0.88 mata lebih tinggi pada 1,431.35.

Dalam pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 231 berbanding 55, dengan 141 kaunter tidak berubah, 1,579 tidak diniagakan dan 17 lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 170.78 juta saham bernilai RM79.05 juta. – BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)