Bursa Malaysia dibuka tinggi

Bursa Malaysia dibuka tinggi

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang lebih baik dan keyakinan dalam kalangan pedagang mengenai Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek yang akan dilancarkan pada bulan ini, kata peniaga.

Pada 9.06 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 8.77 mata kepada 1,516.46 daripada 1,507.69 semasa ditutup pada Selasa.

Indeks dibuka tinggi 7.99 mata kepada 1,515.68.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 359 berbanding 135, manakala 247 kaunter tidak berubah, 1,127 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 685.33 juta unit bernilai RM332.06 juta.

Dalam nota, Public Investment Bank Bhd berkata FBM KLCI melonjak lebih tinggi selepas Dow ditutup positif untuk hari kedua berturut-turut, berikutan pelabur memberi perhatian mereka kepada prospek mengenai aktiviti perniagaan sepenuhnya susulan pandemik COVID-19.

Dow Jones Industrial Average meningkat 1.1 peratus, untuk ditutup kepada 25,742.65 manakala indeks S&P 500 naik 0.8 peratus, ditutup kepada 3,080.82.

Prestasi semalaman Wall Street yang lebih baik turut mendorong pasaran serantau lain untuk diniagakan lebih tinggi.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Tenaga dan Public Bank, masing-masing meningkat enam sen kepada RM11.96 dan RM14.64, manakala Petronas Chemicals naik 14 sen kepada RM6.32.

Daripada saham wajaran tinggi, Maybank naik sembilan sen kepada RM7.60, Tenaga meningkat enam sen kepada RM12.06, Public Bank menambah 14 sen kepada RM15.78, Petronas Chemicals menokok 10 sen kepada RM6.32 dan IHH Healthcare naik satu sen kepada RM5.52.

Indeks FBM Emas meningkat 60.63 mata kepada 10,710.24, Indeks FBMT 100 menambah 55.1 mata kepada 10,555.98, Indeks FBM Emas Shariah menokok 26.64 mata kepada 12,231.42, FBM 70 naik 44.82 mata kepada 13,263.36 manakala FBM ACE merosot 42.77 mata kepada 5,830.3.

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 1.39 mata kepada 132.8, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 174.00 mata kepada 12,865.7 dan Indeks Perladangan meningkat 19.1 mata kepada 6,772.95.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )