Bursa Malaysia dibuka tinggi

Bursa Malaysia dibuka tinggi

KUALA LUMPUR,. Urus niaga di Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini, sejajar dengan kenaikan di Wall Street.

Pada pukul 9.02 pagi, indeks petunjuk FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 7.22 mata 1,543.5 daripada 1,536.28 ketika ditutup Khamis.

Indeks utama dibuka 7.2 mata lebih tinggi pada 1,543.48.

Pergerakan harga keseluruhan pasaran juga positif dengan kaunter untung mengatasi rugi dengan 266 berbalas 61, manakala 220 kaunter tidak berubah, 1,367 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 289.6 juta saham bernilai RM102.1 juta.

Di bursa serantau, Perindustrian Dow Jones meningkat 0.36 peratus kepada 25,827.36, manakala S&P 500 lebih tinggi 0.45 peratus kepada 3,130.01.

Dalam nota penyelidikannya, Maybank IB Research berkata, secara teknikalnya ia menjangkakan FBM KLCI akan bergerak antara 1,500 dan 1,560 hari ini sementara sokongan ke bawah ialah antara 1,480 dan 1,460.

Saham berwajaran tinggi, Maybank dan Tenaga, masing-masing menokok enam sen kepada RM7.68 dan RM11.62, Public Bank menambah 14 sen kepada RM17.08, Petronas Chemicals naik 12 sen kepada RM6.67 dan Hartalega lebih tinggi lapan sen kepada RM15.08.

Dalam kalangan saham paling cergas , KNM, Anzo dan Bumi Armada, masing-masing mengukuh setengah sen kepada 22 sen, 17 sen dan 23.5 sen, PDZ untung satu sen kepada lapan sen manakala Vivocom Intl tidak berubah pada 3.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 52.51 mata kepada 10,848.29, Indeks FBMT 100 melonjak 48.18 mata kepada 10,698.54 dan FBM 70 meningkat 52.42 mata kepada 13,256.57.

Indeks FBM Emas pula menokok 49.85 mata kepada 12,376.34 dan FBM ACE menambah 37.84 mata kepada 6,638.6.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian untung 0.97 mata kepada 138.74, Indeks Perkhidmatan Kewangan mengukuh 86.5 mata kepada 13,045.61, dan Indeks Perladangan naik 5.09 mata kepada 6,834.22.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )