Bursa Malaysia dibuka tinggi

Bursa Malaysia dibuka tinggi

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, meneruskan peningkatan semalam dan bertentangan dengan prestasi Wall Street semalaman yang rendah.

Pada 9.11 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.62 mata kepada 1,563.62 daripada 1,559.00 pada Isnin.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 1.46 mata kepada 1,560.46.

Di pasaran lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 186 berbanding 75, manakala 925 kaunter tidak berubah, 2,003 tidak diniagakan dan 29 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 507.17 juta saham bernilai RM217.77 juta.

Public Investment Bank Bhd berkata S&P 500 merosot 0.5 peratus dengan perkhidmatan komunikasi merupakan satu-satunya sektor utama yang pulih semula.

“Sementara itu, tenaga merupakan kaunter paling rugi dengan susut sebanyak 0.9 peratus,” katanya dalam nota.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat tiga sen kepada RM8.50, PBBank naik 12 sen kepada RM19.46, PChem menambah 13 sen kepada RM7.33 manakala IHH merosot satu sen kepada RM5.65.

Sementara itu, Tenaga tidak berubah pada RM13.64.

Daripada saham paling aktif, Priceworth, London Biscuits dan JKG Land, masing-masing tidak berubah pada tiga sen, 5.5 sen dan 10 sen.

Indeks FBM Emas naik 34.54 mata kepada 11,093.09, Indeks FBMT 100 meningkat 34.85 mata kepada 10,919.22 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 36.52 mata kepada 11,688.46.

FBM 70 naik 54.79 mata kepada 13,877.22 dan FBM Ace menokok 28.67 mata kepada 4,590.47.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 52.16 mata kepada 15,082.97, Indeks Perladangan meningkat 19.87 mata kepada 6,568.43 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menokok 0.93 mata kepada 151.08.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )