Bursa Malaysia dibuka tinggi

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini berikutan sokongan belian yang sederhana dalam kebanyakan kaunter berkaitan indeks, dalam persekitaran kekurangan pemangkin baharu.

Walaupun meningkat, Rakuten Trade Sdn Bhd berkata bursa tempatan dijangka diniagakan pada sesi rendah hari ini menjelang hujung minggu yang panjang.

Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.15 mata kepada 1,557.93 daripada 1,554.78 semasa ditutup pada Khamis.

Indeks barometer dibuka tinggi 0.27 mata kepada 1,555.05.

Suasana pasaran positif berikutan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 282 berbanding 169, manakala 291 kaunter tidak berubah, 1,307 tidak diniagakan dan 68 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 524.02 juta saham bernilai RM171.04 juta.

Dalam nota hari ini, broker ekuiti dalam talian itu berkata pasaran serantau dijangka diniagakan bercampur-campur berikutan kekurangan petunjuk baharu, walaupun pasaran saham AS semalaman tinggi, berikutan Rizab Persekutuan AS mengubah matlamat pemantauan mereka dan akan terus membantu ekonomi AS.

“Kami menjangka FBM KLCI diniagakan pada paras 1,550-1,560 hari ini,” menurut Rakuten Trade.

Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd berkata dijangka peningkatan yang sederhana pada hari ini berikutan pelabur terus berhati-hati berikutan pendapatan korporat yang lembap pada amnya.

“Kami berpendapat indeks petunjuk pasaran akan terus mencari pelabur yang stabil dengan pemulihan pasaran yang tidak menentu berikutan prestasi kewangan berkaitan Genting yang lemah,” katanya.

Daripada saham wajaran tinggi, Maybank merosot empat sen kepada RM7.42, Top Glove naik 10 sen kepada RM26.50, Public Bank meningkat empat sen kepada RM16.66, Tenaga susut dua sen kepada RM11.10 dan Hartalega berkurangan enam sen kepada RM16.80.

Dalam kalangan saham cergas, XOX susut 2.5 sen kepada 29.5 sen, manakala Vivocom dan Nova MSC, masing-masing meningkat satu sen kepada lima sen dan sembilan sen.

Kaunter paling untung Allianz naik 60 sen kepada RM14.08, Riverview Rubber Estates menambah 50 sen kepada RM3.29, dan Supermax meningkat 36 sen kepada RM20.56.

Daripada kaunter paling rugi, Nestle susut 90 sen kepada RM139.10, United Plantations merosot 20 sen kepada RM14.24 dan Kumpulan Powernet berkurangan 14 sen kepada RM3.25.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 23.28 mata kepada 11,234.87, Indeks FBMT 100 naik 22.27 mata kepada 11,037.53 dan FBM 70 meningkat 29.30 mata kepada 14,630.60.

Indeks FBM Emas Shariah naik 25.68 mata kepada 13,317.27 manakala FBM ACE meningkat 89.86 mata kepada 11,296.81.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 16.79 mata kepada 12,852.84, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 0.11 mata kepada 140.15, dan Indeks Perladangan menambah 4.83 mata kepada 7,086.87.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )