Bursa Malaysia dibuka tinggi

Bursa Malaysia dibuka tinggi

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia meneruskan momentum peningkatannya sewaktu dibuka hari ini berikutan sentimen pasaran telah disokong oleh kestabilan harga minyak mentah (MSM) dan harga penanda aras minyak mentah Brent berikutan keputusan OPEC+ untuk memulihkan bekalan secara beransur-ansur, kata penganalisis.

Pada 9.03 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 1.36 mata atau 0.09 peratus kepada 1,599.30 daripada 1,597.94 pada penutupan Rabu.

Indeks itu dibuka 1.14 mata lebih tinggi kepada 1,599.08.

Suasana pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 262 kepada 82, manakala 232 kaunter tidak berubah, 1,566 tidak diniagakan dan 12 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 295.43 juta unit bernilai RM117.72 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata harga MSM melonjak melebihi 5.0 peratus, manakala harga minyak mentah Brent kekal kukuh melebihi US$70 setong berikutan kumpulan yang dianggotai sebahagian pengeluar minyak berkuasa dunia itu, pada Khamis membuat keputusan untuk mengawal pengurangan pengeluaran minyak sedia ada secara beransur-ansur bermula bulan depan, di tengah-tengah permintaan kukuh ketika pemulihan COVID-19.

“Walaupun kes COVID-19 meningkat, kami berharap sekatan pergerakan penuh dan pelaksanaan vaksin yang dipercepatkan, pada akhirnya, akan menyebabkan penggiat pasaran untuk memberi tumpuan kepada tema pemulihan, sekurang-kurangnya dalam masa terdekat ini.

“Bagaimanapun, kami berpandangan, pengukuhan harga MSM dan harga minyak mungkin baik untuk kaunter perladangan dan minyak dan gas dalam negara,” katanya dalam nota hari ini.

Mengenai tema pemulihan, peniaga akan memberi tumpuan kepada saham pengguna perlu dan pengangkutan dan logistik, tambahnya.

“Sementara itu, kami menjangkakan sebahagian minat belian mungkin dilihat selepas pengukuhan saham teknologi yang baik sejak sebulan yang lepas,” kata firma penyelidikan itu.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank dan Public Bank naik satu sen masing-masing kepada RM8.25 dan RM4.25, PetChem meningkat tiga sen kepada RM8.10, manakala CIMB dan IHH turun satu sen masing-masing kepada RM4.53 dan RM5.40.

Kaunter rugi termasuk PPB Group turun 10 sen kepada RM18.58 dan QL Resources susut sembilan sen kepada RM6.03.

Kaunter untung termasuk Computer Form naik 84 sen kepada RM3.64, Hong Leong menambah 16 sen kepada RM18.56 dan BAT menokok 14 sen kepada RM14.46.

Bagi saham aktif, Serba Dinamik naik 2.5 sen kepada 85 sen, Vortex tidak berubah pada 11 sen dan Sapura Energy menambah setengah sen kepada 13 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 21.08 mata kepada 11,647.95 dan Indeks FBMT 100 menokok 17.63 mata kepada 11,340.39.

Indeks FBM Emas Syariah menambah 28.57 mata kepada 12,885.64, FBM 70 meningkat 54.37 mata kepada 15,068.25 dan FBM ACE turun 54.58 mata kepada 7,849.51.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 23.35 mata kepada 15,272.75, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.59 mata kepada 194.13, manakala Indeks Perladangan naik 5.47 mata kepada 6,857.87.

– Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)