Bursa Malaysia dibuka tinggi

Bursa Malaysia dibuka tinggi

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia pulih kembali daripada kerugian yang dialami minggu lepas untuk dibuka tinggi pada sesi dagangan awal pagi ini.

Ia disokong oleh minat belian diperbaharui membabitkan kaunter produk pengguna terpilih serta penjagaan kesihatan, kata seorang peniaga.

Pada jam 9.15 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.85 mata kepada 1,582.05 daripada 1,575.16 pada penutupan urus niaga Jumaat minggu lepas.

Indeks utama itu dibuka 7.30 mata lebih tinggi pada 1,582.46.

Pergerakan harga di pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi rugi 307 berbalas 201 manakala 348 kaunter tidak berubah, 1,298 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 698.43 juta unit bernilai RM361.20 juta.

Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd berkata pelabur mungkin akan memberi fokus kepada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS (FOMC) yang akan datang serta jumlah dos vaksinasi harian yang diberikan di negara ini.

“FBM KLCI menyusut untuk sesi ketiga berturut-turut (Jumaat lepas) di tengah-tengah sentimen serantau yang bercampur-campur dengan indeks utama merosot ekoran aktiviti pengambilan untung yang berterusan.

“Kami berpendapat sentimen akan tetap menghala ke arah trend penurunan berikutan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh sehingga 28 Jun 2021 kerana kes harian baharu COVID-19 terus melepasi tahap 5,000,” katanya dalam satu nota catatan hari ini.

Mengenai komoditi, Malacca Securities berkata minyak sawit mentah (MSM) mungkin menyaksikan beberapa minat belian susulan penurunan harga komoditi itu baru-baru ini.

“Pelabur (juga) mungkin memberi tumpuan kepada kaunter minyak dan gas dengan harga minyak terus mengukuh melebihi paras US$72 setong. Selain itu, sentimen positif prestasi semalaman Nasdaq akan memanfaatkan saham teknologi di pasaran tempatan,” katanya lagi.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik 1.0 sen kepada RM8.19, TNB meningkat 3.0 sen kepada RM9.97, sementara Public Bank dan IHH Heallthcare masing-masing tidak berubah pada RM4.21 dan RM5.48 sementara Petronas Chemicals susut 6.0 sen kepada RM8. 02.

Bagi saham aktif, Priceworth International dan Nexgram masing-masing turun setengah sen kepada 1.5 sen dan 3.5 sen, Tanco tidak berubah pada 15 sen sementara Eden Inc meningkat 2.0 sen kepada 19.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 28.51 mata kepada 11,531.70, Indeks FBMT 100 menokok 25.58 mata kepada 11,212.74 tetapi FBM ACE turun 29.47 mata kepada 7,613.60.

Indeks FBM Emas Syariah pula meningkat 51.32 mata kepada 12,687.65 dan FBM 70 meningkat 27.23 mata kepada 14,961.66.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 11.39 mata kepada 15.241.39 sementara Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.03 mata kepada 192.36 dan Indeks Perladangan meningkat 4.17 mata kepada 6,703.66.

– Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)