Bursa Malaysia dibuka tinggi cecah paras lebih 1,400

Bursa Malaysia dibuka tinggi cecah paras lebih 1,400

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia tinggi ketika dibuka hari ini seiring dengan kenaikan dalam tempoh semalaman di Wall Street.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KCLI (FBM KLCI) naik 5.13 mata kepada 1,402.56 daripada 1,397.25 ketika ditutup semalam.

Indeks itu dibuka 6.22 mata lebih tinggi kepada 1,403.47.

Lingkungan pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 353 berbanding 74 manakala 215 kaunter tidak berubah, 1,251 kaunter tidak diniagakan dan 35 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 645.78 juta unit bernilai RM204.10 juta.

Wall Street mecatatkan peningkatan semula yang ketara selepas prestasi pembukaan yang kurang memberangsangkan untuk ditutup tinggi, dipacu oleh kenaikan saham perbankan, ditambah dengan harga minyak mentah yang lebih tinggi.

Rakuten Trade Sdn Bhd berkata Purata Indeks Dow Jones meningkat hampir 380 mata kepada 23,625 susulan berita terkini mengenai unjuran pengangguran yang suram di Amerika Syarikat.

“Di peringkat tempatan, kami menjangkakan FBM KLCI mengalami pergerakan tidak banyak berubah hari ini susulan prestasi kukuh sejak beberapa hari lepas dengan paras 1,400 sebagai rintangan segera,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Malacca Securities Sdn Bhd menerusi nota penyelidikannya pula berkata pelabur akan memantau laporan prestasi kewangan korporat yang dikeluarkan secara berturut-turut.

Sementara itu, peserta minyak dan gas mungkin menyaksikan minat dagangan baru susulan kenaikan harga minyak mentah dalam tempoh semalam setelah Agensi Tenaga Antarabangsa mengatakan terdapat tanda-tanda pemulihan dalam pasaran walaupun permintaan mungkin susut bulan ini.

Kaunter berkaitan minyak dan gas berada dalam aliran meningkat semasa awal dagangan hari ini, saham berwajaran tinggi — MISC naik sembilan sen kepada RM7.89, PetChem menambah lima sen kepada RM5.45, Dialog dan Petronas Gas masing-masing menokok empat sen kepada RM3.37 dan RM15.08, sementara Petronas Dagangan tidak berubah pada RM19.72.

Pembuat sarung tangan meneruskan kenaikan kukuh dengan Hartalega meningkat 29 sen kepada RM9.48 dan Top Glove menambah 20 sen kepada RM10.50.

Bagi kewangan, Public Bank naik lapan sen kepada RM15.50 manakala Maybank menokok dua sen kepada RM7.42.

Bagi saham aktif, DGB Asia tidak berubah pada 2.5 sen, Valesto menambah setengah sen kepada 14 sen, sementara XOX dan KNM masing-masing naik satu sen kepada 5.5 sen dan 16 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 60.27 mata kepada 9,867.82, Indeks FBMT 100 menokok 48.61 mata kepada 9,710.23, Indeks FBM Emas Syariah menambah 71.82 mata kepada 11,124.17, FBM ACE menokok 81.71 mata kepada 5,388.22 dan FBM 70 melonjak 108.62 mata kepada 11,984.95.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 39.86 mata kepada 12,255.01, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.52 mata kepada 120.01 namun Indeks Perladangan susut 2.77 mata kepada 6.177.71.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)