
Bursa Malaysia dibuka tinggi pada pagi
KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, sebahagian besarnya disokong oleh belian di kaunter perladangan, permodalan kecil dan kewangan.
Pada 9.07 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.96 mata kepada 1,539.04 daripada 1,537.08 semasa ditutup pada Selasa, selepas dibuka tinggi 2.14 mata kepada 1,539.22 pagi ini.
Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 147 berbanding 93 di pasaran lebih luas, dengan 203 kaunter tidak berubah, 1,530 tidak diniagakan dan 40 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 132.63 juta saham bernilai RM61.89 juta.
Dalam nota, Malacca Securities Sdn Bhd berkata indeks hampir tidak berubah semalam, walaupun terdapat aktiviti jualan di rantau ini.
“Kami melihat keadaan tidak banyak berubah buat masa ini berikutan pelabur terus memantau perkembangan mengenai langkah-langkah rangsangan kerajaan,” katanya.
Dagangan yang kurang menggalakkan di Bursa Malaysia dijangka berpanjangan berikutan kekurangan perkembangan positif mengenai keadaan virus Covid-19, menurut firma penyelidikan itu.
Pada masa ini, ia menjangka akan terdapat trend jajaran kecil berikutan FBM KLCI dilihat berada antara paras 1,535-1,555. Bagaimanapun, penurunan di bawah paras 1,535 akan terus menyaksikan kemerosotan kepada paras 1,515.
“Kami menjangka aktiviti pengambilan untung segera akan berpanjangan buat masa ini berikutan pelabur juga boleh memilih untuk kekal tidak memasuki pasaran dan memantau kumpulan pendapatan korporat baru-baru ini,” katanya.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi di Bursa Malaysia, Maybank meningkat dua sen kepada RM8.49, Tenaga dan Public Bank, masing-masing menambah empat sen kepada RM12.64 dan RM17.74, manakala Petronas Chemicals susut dua sen kepada RM6.46.
Daripada saham aktif, Sapura Energy naik satu sen kepada 25 sen, Foundpac menambah 4.5 sen kepada 99.5 sen manakala DGB dan McLean, masing-masing tidak berubah pada 6.5 sen dan 36.5 sen.
Indeks FBM Emas naik 11.06 mata kepada 11,010.35, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 10.49 mata kepada 11,766.72 dan Indeks FBMT 100 menambah 9.9 mata kepada 10,799.74.
FBM 70 susut 3.19 mata kepada 13,939.84, bagaimanapun FBM Ace meningkat 26.11 mata kepada 5,566.71.
Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan merosot 0.02 mata kepada 145.98, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 19.94 mata kepada 14,657.67 dan Indeks Perladangan naik 11.08 mata kepada 7,247.71.
— BERNAMA