Bursa Malaysia dibuka tinggi pada pagi

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia bertentangan dengan trend serantau apabila dibuka tinggi pagi ini didorong oleh sokongan belian bagi kaunter berkaitan indeks yang diterajui Top Glove.

Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.22 mata kepada 1,627.11 selepas dibuka 2.55 mata lebih tinggi kepada 1,625.4.

Top Glove meningkatkan indeks komposit sebanyak 1.272 mata selepas menokok lapan sen kepada RM6.68 dengan 1.99 juta saham bertukar tangan.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semalam menjual 7.15 juta lagi saham dalam Top Glove, mengurangkan kepentingannya dalam pembuat sarung tangan perubatan terbesar dunia itu kepada 5.63 peratus.

Dana persaraan itu menjual sahamnya dalam tranche tunggal pada 2 Dis.

Sementara itu, kebanyakan bursa tempatan dalam aliran penurunan akibat kebimbangan mengenai peningkatan kes COVID-19.

Indeks Hang Seng Hong Kong turun 1.23 peratus kepada 26,506.85, Indeks Nikkei Jepun susut 0.25 peratus kepada 26,482.2, bagaimanapun Indeks Straits Times Singapura menambah 0.09 peratus kepada 2,828.18.

Di peringkat tempatan, keseluruhan pasaran di Bursa Malaysia adalah positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 391 kepada 181, manakala 353 kaunter tidak berubah, 1,198 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 709.18 juta unit bernilai RM294.61 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd menjangkakan sokongan belian akan wujud ke atas syarikat pembinaan, bahan pembinaan serta pengangkutan dan logistik hari ini berikutan pelonggaran langkah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Kami yakin penggiat pasaran mungkin mencari peluang dalam sektor penerbangan, pelancongan dan permainan.

“Sementara itu, saham pembinaan dan bahan binaan mungkin kembali menarik berikutan peniaga menjangka beberapa kontrak akan diberikan pada masa depan susulan kelulusan Belanjawan 2021,” menurut firma penyelidikan itu dalam satu nota hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah satu sen kepada RM8.28, Public Bank naik 10 sen kepada RM18.70, Tenaga dan Hartalega menambah empat sen masing-masing kepada RM10.94 dan RM6.68, namun, Petronas Chemicals susut enam sen kepada RM7.54.

Dalam kalangan saham aktif, Yong Tai naik 1.5 sen kepada 40 sen, AT Systematization dan P.A Resources menambah setengah sen masing-masing kepada 19.5 sen dan 18.5 sen, manakala Nexgram dan Kanger turun setengah sen masing-masing kepada 5.5 sen dan 17.7 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 44.08 mata kepada 11,806.41, Indeks FBMT 100 meningkat 42.54 mata kepada 11,557.55, dan Indeks FBM Emas Shariah meraih 50.85 mata kepada 13,546.43.

Indeks FBM 70 melonjak 105.6 mata kepada 15,436.56 dan Indeks FBM ACE meningkat 63.66 mata kepada 10,710.82.

Sementara itu, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.39 mata kepada 175.13, Indeks Perladangan naik 40.8 mata kepada 7,397.52 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan meraih 31.67 mata kepada 14,660.06.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )