Bursa Malaysia dibuka tinggi pada pagi

Bursa Malaysia dibuka tinggi pada pagi

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini, berikutan sokongan belian dalam kaunter berkaitan indeks, diterajui oleh Top Glove.

Pada 9.08 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.22 mata kepada 1,649.75 selepas dibuka tinggi 5.14 mata kepada 1,651.67.

Top Glove, yang mengumumkan keputusan kewangan luar biasa semalam, meningkat 17 sen kepada RM7.01 dengan 3.89 juta saham bertukar tangan; menyumbang 2.71 mata kepada indeks komposit.

Suasana pasaran secara keseluruhannya positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 291 berbanding 228, manakala 337 kaunter tidak berubah, 1,281 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 579.45 juta unit bernilai RM270.05 juta.

Dalam nota hari ini, Malacca Securities Sdn Bhd berkata peniaga akan memantau saham yang pulih hari ini, berdasarkan aktiviti perniagaan yang disambung semula dan keyakinan mengenai perkembangan positif berhubung vaksin COVID-19.

“Sektor kewangan boleh menjangka sokongan belian berikutan tindakan korporat terbitan bonus Public Bank, manakala saham bahan binaan dan pembinaan yang terpilih dijangka mendapat minat dagangan yang baik berdasarkan pembukaan semula ekonomi, yang berpotensi mengeluarkan kontrak infra baharu,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik empat sen kepada RM8.42, Public Bank meningkat 12 sen kepada RM19.98, manakala IHH Healthcare tidak berubah pada RM5.59.

Petronas Chemicals susut dua sen kepada RM7.65 dan Tenaga merosot empat sen kepada RM10.60.

Dalam kalangan saham cergas, AirAsia X menambah 1.5 sen kepada 10 sen, Metronic naik satu sen kepada 12 sen, Trive tidak berubah pada 1.5 sen manakala G Capital berkurangan 3.5 sen kepada 90 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 21.14 mata kepada 11,895.72, Indeks FBMT 100 menambah 19.81 mata kepada 11,895.72 dan FBM ACE melonjak 188.04 mata kepada 11,128.18.

FBM 70 meningkat 14.48 mata kepada 15,301.95 dan Indeks FBM Emas Shariah naik 21.27 mata kepada 13,527.7.

Sementara itu, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 0.09 mata kepada 176.3, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 25.8 mata kepada 15,083.71 manakala Indeks Perladangan susut 7.46 mata kepada 7,353.56.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)