Bursa Malaysia dibuka tinggi pada pagi

KUALA LUMPUR,. Dagangan di Bursa Malaysia kembali pulih dan dibuka tinggi selepas mencatatkan kerugian untuk tiga hari berturut-turut sebelum ini, dipacu oleh minat belian diperbaharui di kaunter berwajaran tinggi terpilih, kata peniaga.

Pada 9.53 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 9.86 mata kepada 1,528.71 berbanding 1,518.18 pada penutupan urus niaga Khamis, selepas dibuka 3.84 mata lebih tinggi pada 1,522.69.

Bagaimanapun, pergerakan harga di pasaran secara menyeluruh menyaksikan kaunter rugi mengatasi untung dengan 218 berbalas 129 sementara 267 kaunter tidak berubah, 1,678 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 765.04 juta unit bernilai RM534.40 juta.

Dalam satu catatan penyelidikan, Malacca Securities Sdn Bhd berkata walaupun sentimen pasaran terus berhati-hati tanpa sebarang petunjuk baharu, ekonomi masih berada dalam landasan pemulihan kerana Malaysia akan membuka semuka sempadannya kepada pelawat antarabangsa selewat-lewatnya menjelang 1 Januari 2022.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik 7.0 sen kepada RM8.07, Public Bank dan Petronas Chemicals masing-masing meningkat 1.0 sen kepada RM4.03 dan RM8.31, manakala IHH Healthcare susut 2.0 sen kepada RM6.44 dan TNB lebih rendah sebanyak 1.0 sen kepada RM9 .62.

Bagi saham aktif, NWP Holdings naik 2.0 sen kepada 35.5 sen dan DNex susut setengah sen kepada 82.5 sen, manakala Kanger International dan Tanco Holdings tidak berubah, masing-masing pada 3.5 sen dan 27 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 66.46 mata kepada 11,307.56, Indeks FBMT 100 mengukuh 67.51 mata kepada 10,944.75, Indeks FBM Emas Syariah menokok 85.86 mata kepada 12,319.40, FBM ACE naik 221.16 mata kepada 6,979.44 dan FBM 70 lebih tinggi 80.27 mata kepada 14,954.04.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.67 mata kepada 201.56, Indeks Perladangan susut 3.97 mata kepada 6,612.12, dan Indeks Perkhidmatan Kewangan 60.09 mata lebih tinggi pada 15,178.34.

-BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )