Bursa Malaysia dibuka tinggi pada pagi

Bursa Malaysia dibuka tinggi pada pagi

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia terus meningkat selepas pulih dengan pembukaan indeks barometer pada paras 1,500.

Pada 9.10 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.09 mata kepada 1,499.06 daripada 1,497.97 semasa ditutup pada Selasa.

Saham pandu pasaran dibuka tinggi 2.60 mata kepada 1,500.57.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 291 berbanding 100 manakala 226 kaunter tidak berubah, 1,670 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 202.64 juta unit bernilai RM115.75 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd berpandangan bahawa kenaikan semalaman di Wall Street akan mempengaruhi bursa tempatan dalam persekitaran kebimbangan yang semakin berkurangan mengenai varian Omicron.

Selain itu, pasaran akan memantau indeks harga pengeluar dan inflasi data ekonomi China, yang akan dikeluarkan pada Khamis.

Dalam negara, kerajaan akan membuat keputusan mengenai model borong 5G pada Januari 2022, menyasarkan untuk mencapai 80 peratus daripada kawasan berpenduduk dengan pelaksanaan 5G, yang akan memberi manfaat kepada sektor telekomunikasi.

“Dari segi komoditi, harga minyak mentah naik hampir melebihi paras AS$75 setong manakala harga minyak sawit mentah terus meningkat.

“Selain itu, sektor teknologi akan menyaksikan minat belian yang meningkat, mencerminkan kenaikan semalaman di Nasdaq,” katanya dalam nota hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Petronas Chemicals meningkat enam sen kepada RM8.44, manakala IHH, Sime Darby Plantation dan Dialog, masing-masing naik tiga sen kepada RM6.58, RM3.78 dan RM2.52.

Genting Malaysia dan MISC, masing-masing meningkat empat sen kepada RM2.80 dan RM6.50.

Daripada saham aktif, Sapura Energy, MMAG dan NWP, masing-masing tidak berubah pada lima sen, sembilan sen dan 24.5 sen.

G3 Global dan Kejuruteraan Asastera, masing-masing menambah setengah sen kepada 14 sen dan 29.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 24.50 mata kepada 10,933.19, Indeks FBMT 100 meningkat 20.28 mata kepada 10,633.43 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 32.63 mata kepada 11,807.46.

FBM 70 naik 76.79 mata kepada 14,140.15 dan FBM ACE meningkat 42.65 mata kepada 6,308.35.

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.51 mata kepada 193.88, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 15.62 mata kepada 15,179.57 dan Indeks Perladangan menambah 11.56 mata kepada 6,437.46.

-BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)