Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit pada pagi

Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit pada pagi

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia tinggi sedikit pada awal dagangan hari ini berikutan aktiviti belian saham berharga rendah yang menyokong indeks petunjuk pasaran untuk kekal melepasi paras 1,500.

Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 5.15 mata kepada 1,513.86 daripada 1,508.71 sewaktu ditutup pada Khamis.

Indeks itu dibuka 0.35 mata lebih rendah kepada 1,508.36.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 197 kepada 126, manakala 246 kaunter tidak berubah, 1,634 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 240.14 juta unit bernilai RM135.80 bilion.

Malacca Securities menjangkakan, sentimen dagangan semasa yang berhati-hati akan berlanjutan akibat kekurangan pemangkin positif baharu.

“Bagaimanapun, kami yakin aktiviti belian saham berharga rendah mungkin berlaku dalam tempoh yang terdekat susulan aktiviti jualan yang ketara dan keadaan terlebih jual di seluruh papan. Mengikut sektor, harga minyak menyaksikan lonjakan semula susulan pengurangan inventori yang meningkat,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Menurut firma broker itu, pelabur akan menyaksikan minat belian yang sederhana dalam sektor tenaga selepas jualan besar-besaran semalam dengan harga minyak kekal melebihi AS$74.

“Selain itu, aktiviti belian saham berharga rendah akan berlaku di sektor-sektor seperti pengangkutan dan logistik dan saham pengguna penting seperti saham teknologi,” menurut Malacca Securities.

Bagi saham aktif, Maybank naik enam sen kepada RM8.09, TNB menokok enam sen kepada RM9.68, dan Public Bank dan Petronas Chemicals menambah satu sen masing-masing kepada RM4.06 dan RM8.00, manakala IHH Healthcare tidak berubah pada RM5.60 dan Press Metal Aluminium susut tiga sen kepada RM4.90.

Bagi saham aktif, Serba Dinamik naik 2.5 sen kepada 46.5 sen, MYEG melonjak enam sen kepada RM1.68, Pelikan menambah dua sen kepada 40.5 sen, T7 Global menokok setengah sen kepada 36.5 sen, manakala Macpie dan AE Multi Holdings tidak berubah, masing-masing pada tujuh sen dan lima sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas 34.27 mata lebih tinggi kepada 11,023.02, Indeks FBMT 100 menokok 32.69 mata kepada 10,737.0 dan Indeks FBM Emas Syariah melonjak 30.72 mata kepada 12,044.21.

FBM ACE meningkat 89.75 mata kepada 7,153.27 dan FBM 70 menokok 28.53 mata kepada 14,275.93.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 58.12 mata kepada 14,934.98, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindusrian turun 0.11 mata kepada 186.37 dan Indeks Perladangan naik 18.08 mata kepada 6,294.92.

-BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)