Bursa Malaysia kekal tinggi

Bursa Malaysia kekal tinggi

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia kekal dibuka tinggi hari ini dengan aktiviti belian diterajui oleh Petronas Chemicals, CIMB, Tenaga dan Digi.

Sehingga 9.16 pagi, indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 1.83 mata kepada 1,597.76 daripada 1,595.93 semasa ditutup semalam.

Indeks dibuka rendah 1.88 mata kepada 1,594.05.

Suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 285 berbanding 251, manakala 322 kaunter tidak berubah, 1,122 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.03 bilion unit bernilai RM484.10 juta.

Malacca Securities dalam nota ekuitinya hari ini berkata memandangkan institusi kewangan tempatan menyatakan bahawa moratorium pinjaman tidak akan dilanjutkan, dengan pilihan pembayaran balik kepada kumpulan bersasar, ia menunjukkan potensi pinjaman tidak berbayar meningkat pada suku akhir tahun ini akan dibendung dan negara berada di landasan pemulihan.

“Rangsangan daripada bank-bank pusat di (EU dan Jepun) serta perkembangan positif mengenai vaksin untuk COVID-19 akan menyumbang kepada sentimen positif,” katanya.

Oleh itu, pelabur jangka panjang dapat memanfaatkan pemulihan dalam sektor kewangan.

Sementara itu, saham tenaga akan turut menggalakkan selepas harga minyak mentah melonjak kepada paras tertinggi sejak Mac 2020.

Dari segi teknikal, pemulihan dijangka menyaksikan peningkatan dalam masa terdekat berikutan indeks utama dilihat menguji semula paras halangan terdekat pada sekitar 1,615, diikuti 1,620.

Paras sokongan pada 1,560, diikuti 1,530, menurut firma penyelidikan itu.

Mengenai saham wajaran tinggi, PetChem meningkat lapan sen kepada RM6.28, CIMB menambah empat sen kepada RM3.63, Tenaga Nasional naik enam sen kepada RM11.46 dan Digi menokok empat sen kepada RM4.29.

Bagi saham aktif, Lambo, Vortex dan Sapura, masing-masing tidak berubah pada 4.5 sen, lapan sen dan 10 sen, manakala Ocean Vantage naik 17.5 sen kepada 43.5 sen.

Indeks FBM Emas meningkat 13.80 mata kepada 11,316.55, Indeks FBMT 100 naik 9.92 mata kepada 11,160.83 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 9.08 mata kepada 13,110.90.

FBM 70 naik 1.29 mata kepada 14,173.35 dan FBM ACE meningkat 27.85 mata kepada 7,649.98.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 40.49 mata kepada 13,527.76, Indeks Perladangan meningkat 33.21 mata kepada 7,008.20 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 0.79 mata kepada 139.85.

– Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )