Bursa Malaysia laksana dagangan seperti biasa menjelang Tahun Baharu Cina, ditutup 12 Februari

Bursa Malaysia laksana dagangan seperti biasa menjelang Tahun Baharu Cina, ditutup 12 Februari

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia akan melaksanakan dagangan seperti biasa pada 9 Feb 2024 menjelang Tahun Baharu Cina.
Bursa dalam kenyataan semalam berkata, langkah itu yang dilaksanakan susulan rundingan dengan industri, bertujuan meningkatkan akses pelabur ke pasaran menjelang musim perayaan.

Sehubungan itu, waktu dagangan akan dibuka seperti waktu dagangan biasa bagi pasaran sekuriti dan derivatif pada 9 Februari.

“Bagaimanapun, menurut prosedur Bursa Malaysia Derivatives, tiada sesi dagangan malam T+1 pada 9 Februari,” katanya.

Menurut kenyataan itu, Bursa Malaysia dan anak syarikatnya akan ditutup pada 12 Februari bersempena dengan cuti umum Tahun Baharu Cina 2024.

“Bursa dan anak syarikatnya akan menyambung semula operasi pada 13 Februari (Selasa),” katanya.
Bursa Malaysia akan turut menjalankan dagangan seperti biasa menjelang cuti Hari Raya Aidilfitri yang akan diumumkan pada April 2024.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)