Bursa Malaysia teruskan kerugian semalam

Bursa Malaysia teruskan kerugian semalam

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia meneruskan kerugian semalam selepas dibuka tinggi buat seketika pagi ini, seiring dengan prestasi bercampur-campur di bursa serantau yang lain.

Pergerakan urus niaga pasaran saham Asia berubah menjadi agak berhati-hati dengan sentimen berbelah bahagi antara keyakinan terhadap pelancaran vaksin COVID-19 serta pemulihan ekonomi global dan kebimbangan meningkatnya penularan pandemik, kata para peniaga.

Pada pukul 9.10 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 3.17 mata kepada 1,671.18 berbanding 1,674.35 ketika ditutup petang Khamis.

Pagi ini, indeks utama dibuka tinggi 2.49 mata kepada 1,676.84.

Pergerakan harga keseluruhan pasaran menyaksikan kaunter rugi mengatasi untung dengan 269 berbalas 252 sementara 383 kaunter tidak berubah, 1,263 tidak diniagakan dan 47 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah sebanyak 553.42 juta unit bernilai RM189.27 juta.

Dalam satu nota hari ini, Malacca Securities Sdn Bhd berpendapat dengan peningkatan semalaman di Wall Street, besar kemungkinan sokongan belian akan turut melimpah ke pasaran tempatan selepas menyusut semalam.

“Para peniaga akan terus mengembangkan kepentingan mereka di sebalik berita mengenai projek Kereta Api Berkelajuan Laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR),” katanya.

Firma itu menambah pemberian tender yang bakal berlangsung untuk fasa satu loji perawatan air Rasau yang bernilai RM4 bilion akan turut merancakkan minat urus niaga dalam kalangan kaunter berkaitan air.

“Sementara itu, beberapa komoditi seperti minyak mentah, minyak sawit mentah dan emas dilihat cukup berdaya tahan dalam beberapa sesi yang leoas dan minat urus niaga juga perlu dipantau dalam sektor-sektor berkenaan,” tambahnya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank turun empat sen kepada RM8.66, Public Bank dan Top Glove masing-masing turun dua sen kepada RM21.48 dan RM6.68, Petronas Chemicals menambah dua sen kepada RM7.58, sementara Tenaga tidak berubah pada RM10. 80.

Saham-saham paling cergas pula, Dari saham aktif, waran Seacera naik 1.5 sen kepada 2.5 sen, Bintai Kinden turun 2.5 sen kepada 79 sen, Inix dan Hiap Teck Venture masing-masing menyusut tiga sen kepada 35 sen dan 41 sen, sementara Techna-X tidak berubah pada 18.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas lega 7.68 mata kepada 12,024.03, Indeks FBMT 100 susut 13.39 mata kepada 11,780.81 dan Indeks FBM Emas Syariah turun 9.27 mata kepada 13,409.01.

FBM 70 menambah 17.61 mata kepada 15,385.45 sementara FBM ACE menokok 29.85 mata kepada 10,633.11.

Sementara itu, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.37 mata kepada 176.11, Indeks Perladangan turun 45.21 mata kepada 7,384.17, tetapi Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 7.85 mata kepada 15,734.06.

– BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )