Bursa Malaysia tidak berubah pada pagi

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia mengalami prestasi mendatar semasa awal dagangan pada Rabu berikutan kekurangan pemangkin baharu.

Pada 9.17 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras meningkat 0.43 mata kepada 1,523.31 daripada 1,522.88 ketika ditutup pada Selasa.

Indeks itu dibuka 1.33 mata lebih tinggi kepada 1,524.21.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 205 berbanding 200, manakala 272 kaunter tidak berubah, 1,664 kaunter tidak diniagakan dan 45 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 291.84 juta unit bernilai RM179.42 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, ia menjangkakan peningkatan saham teknologi adalah terhad, menunjukkan penurunan dalam tempoh semalaman yang dialami Nasdaq.

Indeks Teknologi Bursa Malaysia tidak berubah pada 100.40.

Firma pembrokeran itu menjelaskan dari segi komoditi, harga minyak mentah meningkat dan meneruskan kenaikannya melebihi AS$80, manakala harga minyak sawit mentah (MSM) mencatatkan penyusutan apabila turun lebih 2.0 peratus pada Selasa.

“Bagaimanapun, kami berpendapat keputusan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mengarahkan pelepasan rizab minyak negara itu, mungkin menimbulkan tekanan ke atas harga minyak mentah selepas ini,” tambahnya dalam nota penyelidikan.

Malacca Securities menambah, berikutan bekalan minyak mentah dijangkakan lebih tinggi, pelabur mungkin berundur daripada kaunter tenaga.

“Namun, pelabur dijangkakan menumpukan sektor seperti perbankan dan perladangan dalam situasi pelaporan prestasi kewangan yang sedang dilaksanakan firma-firma, selain terdapat sokongan belian yang baik ke atas saham penjagaan kesihatan berikutan peningkatan kes COVID-19,” jelasnya.

Antara saham wajaran tinggi, Petronas Chemicals naik lima sen kepada RM8.36, IHH Healthcare menokok dua sen kepada RM6.72, TNB meningkat satu sen kepada RM9.51, CIMB tidak berubah pada RM5.19 manakala Maybank dan Public Bank masing-masing susut satu sen kepada RM8.15 dan RM4.06.

Bagi saham aktif, Dagang Nexchange naik 1.5 sen kepada 88 sen, Dataprep melonjak 11 sen kepada RM1.01, WZ Satu menambah dua sen kepada 25 sen, NWP menokok setengah sen kepada 33.5 sen, manakala Tanco tidak berubah pada 27 sen, dan Scope Industries menguncup 2.0 sen kepada 33.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menokok 7.59 mata kepada 11,221.0; Indeks FBMT 100 naik 4.33 mata kepada 10,873.38; Indeks FBM Emas Syariah meningkat 11.62 mata kepada 12,168.77; FBM 70 menambah 10.75 mata kepada 14,728.92 dan FBM ACE menambah 6.44 mata kepada 6,722.75.

Mengikut sektor, Indeks Barangan dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.07 mata kepada 199.45, Indeks Perkhidmatan Kewangan kurang 4.66 mata kepada 15,280.03 dan Indeks Perladangan meningkat 15.74 mata kepada 6,590.77.

– Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )