Bursa malaysia tinggi pada pagi

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia terus berada pada aliran meningkat pagi ini, disokong oleh momentum belian yang berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, kata peniaga.

Pada 9.26 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.46 mata kepada 1,566.75 daripada 1,564.29 pada Selasa.

Indeks dibuka tinggi 0.10 mata kepada 1,564.39.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 335 berbanding 159 manakala 292 kaunter tidak berubah, 1,481 tidak diniagakan dan 31 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 485.17 juta unit bernilai RM195.18 juta.

Walaupun pelabur mungkin bersedia untuk menghadapi kenaikan kadar faedah dan situasi tidak menentu disebabkan varian baharu COVID-19, Malacca Securities Sdn Bhd berkata pihaknya menjangka untuk menyaksikan pemulihan dalam bursa tempatan berikutan sentimen mungkin didorong oleh Pelan Pemulihan Negara (PPN) 2.0 yang akan datang.

Jumlah dagangan sebanyak 485.17 juta unit bernilai RM195.18 juta.

Walaupun pelabur mungkin bersedia untuk menghadapi kenaikan kadar faedah dan situasi tidak menentu disebabkan varian baharu COVID-19, Malacca Securities Sdn Bhd berkata pihaknya menjangka untuk menyaksikan pemulihan dalam bursa tempatan berikutan sentimen mungkin didorong oleh Pelan Pemulihan Negara (PPN) 2.0 yang akan datang.

“FBM KLCI terus meningkat pada Selasa walaupun terdapat sentimen berhati-hati dalam bursa serantau, didorong oleh saham wajaran tinggi perbankan terpilih.

“Kenaikan semalaman di Wall Street turut mempengaruhi pasaran tempatan. Dari segi komoditi, harga minyak mentah meningkat hampir melebihi paras AS$83 setong manakala harga minyak sawit mentah (MSM) terus melepasi RM5,000,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Firma penyelidikan itu turut menjangka kaunter minyak dan gas serta perladangan akan disokong oleh harga komoditi yang kukuh manakala pelabur dijangka menyaksikan minat belian dalam sektor pengguna dan yang mencatatkan pemulihan berikutan kerajaan sedang merangka PPN 2.0.

Daripada saham wajaran tinggi, Maybank merosot 1.0 sen kepada RM8.49, Public Bank dan CIMB, masing-masing naik 1.0 sen kepada RM4.24 dan RM5.63, Petronas Chemicals meningkat 5.0 sen kepada RM8.95 manakala IHH Healthcare tidak berubah pada RM6.65.

Daripada saham aktif, OCR susut 1.0 sen kepada 17.5 sen, SMTrack dan AT Systematization, masing-masing tidak berubah pada 30 sen dan 3.0 sen manakala Sapura Energy naik setengah sen kepada 5.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 30.61 mata kepada 11,318.18, Indeks FBM Emas Shariah naik 45.39 mata kepada 12,081.76, FBM 70 menambah 75.96 mata kepada 14,224.97, Indeks FBMT 100 meningkat 26.81 mata kepada 11,013.58 dan FBM ACE naik 14.88 mata kepada 6,631.55.

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 0.89 mata kepada 204.0 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 2.04 mata kepada 16,179.17 manakala Indeks Perladangan berkurangan 2.35 mata kepada 6,766.27.

-BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )