Bursa Meningkat naik pada pagi ini

Bursa Meningkat naik pada pagi ini

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit pagi ini berikutan terdapatnya minat belian baharu di bursa tempatan.

Pada 9.05 pagi, indeks utama meningkat sebanyak 3.27 mata kepada 1,421.96 daripada penutupan urus niaga Khamis pada 1,418.69, selepas dibuka 2.57 mata lebih tinggi pada 1,421.26.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 162 berbalas 91, manakala 163 kaunter tidak berubah, 1,824 tidak diniagakan dan lapan yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 80.30 juta unit bernilai RM31.56 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata beberapa aktiviti pembelian dijangka muncul dan indeks penanda aras pula berlegar dalam julat 1,415-1,430 sepanjang urus niaga hari ini.

“Sementara itu, minyak sawit mentah ditutup rendah sedikit pada RM3,946 satu tan manakala minyak mentah Brent berakhir lebih tinggi pada sekitar US$105 setong berikutan kebimbangan kemungkinan berlakunya perang saudara di Libya,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik dua sen kepada RM8.60, Public Bank menokok tiga sen kepada RM4.39 dan Petronas Chemicals meningkat sembilan sen kepada RM8.43.

Sementara itu, CIMB tidak berubah pada RM5.09, IHH Healthcare susut dua sen kepada RM6. 31 dan Hong Leong Bank turun lapan sen kepada RM20.10.

Bagi saham aktif, Hibiscus Petroleum meningkat tiga sen kepada 90.5 sen, Dagang Nexchange naik satu sen kepada 77.5 sen dan Scope Industries menambah setengah sen kepada 16.5 sen, Sapura Energy dan KNM tidak berubah, masing-masing mencatatkan 4.5 sen dan 12 sen manakala Metronic Global susut dua sen kepada tujuh sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meraih 25.73 mata kepada 10,117.86, Indeks FBM Emas Syariah menambah 24.49 mata menjadi 10,177.06, FBM 70 lebih tinggi sebanyak 38.72 mata kepada 12,200.75, Indeks FBMT 100 peroleh 24.77 mata kepada 9,873.6 dan FBM ACE mengembang sebanyak 31.11 mata kepada 4,635.11.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan mengukuh 31.22 mata kepada 16,028.47, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 1.25 mata kepada 173.05, Indeks Tenaga lebih tinggi sebanyak 7.48 mata kepada 639.85 dan Indeks Perladangan naik 19.12 mata kepada 6,607.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )