Bursa rendah pada awal dagangan hari ini

Bursa rendah pada awal dagangan hari ini

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia memulakan urus niaga pagi Jumaat rendah, menjejaki kejatuhan ketara semalaman saham Amerika Syarikat (AS) dan bon kerajaan menjelang pengumuman data harga pengguna lewat hari ini dengan para pelabur menjangkakan angka inflasi AS yang tinggi.

Sentimen yang lebih menjuruskan kepada menaikkan kadar faedah turut didorong oleh langkah Bank Pusat Eropah (ECB) yang memastikan ruang terbuka untuk kenaikan kadar faedah yang lebih besar pada bulan September, menurut peniaga.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 10.68 mata kepada 1,499.03 daripada penutupan Khamis 1,509.71.

Indeks utama itu dibuka 4.03 mata lebih rendah pada 1,505.68.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung 244 berbalas 66 manakala 182 kaunter tidak berubah, 1,782 tidak diniagakan dan 22 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 98.30 juta unit bernilai RM77.13 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, FBM KLCI merosot untuk sesi keenam berturut-turut di tengah-tengah prestasi lemah serantau, sekali gus menandakan kerugian berturut-turut paling lama sejak Januari 2022, walaupun jualan runcit lebih kukuh dicatatkan pada April 2022 serta peningkatan kadar pengangguran yang terus berkurangan di bawah empat peratus.

“Pelabur mungkin kekal berhati-hati memandangkan tekanan jualan yang tinggi di Wall Street dan bursa saham Eropah apabila ECB meningkatkan kadar faedahnya sebanyak 50 mata asas yang akan menyebabkan ketidaktentuan selanjutnya di bursa tempatan dalam tempoh terdekat,” katanya.

Di pasaran komoditi, firma pembrokeran itu menyatakan harga minyak Brent kekal kukuh melebihi paras AS$120 setong, manakala harga minyak sawit mentah (MSM) jatuh, berlegar sekitar RM6,250 selepas Indonesia melancarkan skim untuk mempercepatkan eksport.

“Bagi fokus sektor, sektor teknologi boleh tertekan selepas Nasdaq jatuh di bawah paras 12,000 utama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut satu sen kepada RM8.79, Public Bank dan CIMB turun lima sen setiap satu, masing-masing kepada RM4.52 dan RM5.02, Petronas Chemicals kerugian lapan sen menjadi RM9.56 dan IHH Healthcare jatuh tiga sen kepada RM6.37 .

Bagi saham aktif, Genting Bhd menguncup 20 sen kepada RM5, Top Glove susut tiga sen kepada RM1.19, Serba Dinamik naik setengah sen menjadi 11 sen, LGMS menokok dua sen kepada 73.5 sen manakala Pertama Digital tidak berubah pada 86.5 sen .

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 67.18 mata menjadi 10,774.50, Indeks FBM Emas Syariah lemah 66.58 mata kepada 11,042.17, FBM 70 menguncup 58.68 mata kepada 13,167.51, FBM ACE berkurangan 26.04 mata kepada 5,143.90 sementara Indeks FBMT 100 lebih rendah sebanyak 67.90 mata kepada 10,466.60.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 74.03 mata kepada 16,447.68, Indeks Perladangan susut 41.37 mata kepada 7,624.0, dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian lemah 1.26 mata lebih rendah pada 192.78.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)