Bursa tinggi pada awal dagangan

Bursa tinggi pada awal dagangan

KUALA LUMPUR,. Kontrak hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives kebanyakannya tinggi pada awal dagangan hari ini, seiring dengan prestasi asas pasaran tunai.

Pada 9.27 pagi, kontrak Oktober 2019, November 2019 dan Disember 2019 masing-masing meraih 2.5 mata kepada 1,573.0, 1,573.0 dan 1,575.0 manakala kontrak Mac 2020 tidak berubah pada 1,572.5.

Jumlah dagangan sebanyak 1,075 lot dengan kepentingan terbuka 32,704 kontrak.

Indeks penanda aras FBM KLCI naik 0.48 mata kepada 1,571.59 selepas 27 minit dagangan dijalankan.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )