
Cabaran 7even Wonders: Road To HSN 2024
NEGERI SEMBILAN,. 7even Wonders Challenge: Road To HSN 2024 Tahniah kepada kesemua peserta yang menghabiskan pendakian mereka sememangnya agak sukar kepada yang belum biasa membuat pendakian tetapi itu la cabarannya yang harus ditangani dengan baik jika ada ramai peserta juga membantu sesama sendiri.
Acara ini juga disertai YB Nicole Tan Lee Exco Pelancongan Kesenian Dan Kebudayaan NS,
Ramai diantara peserta yang Injure, kekejangan otot bukan waktu mendaki sahaja waktu turun juga kadang – kadang ianya akan berlaku juga tapi semua kelengkapan untuk event tersedia dan ada pasukan Bomba dan pasukan keselamtan yang sentiasa memantau keadaan peserta.
Alhamdulillah, Program Negeri Sembilan 7even Wonders Challenge: Road To HSN 2024 destinasi ke-4 iaitu Bukit Penarikan,Jempol.Dan selepas ini ke Bukit Batu Beras, pula Kata Yati,kepada wartawan Gerbagpost sebagai starting point Hari tersebut.
Program ini akan diadakan setiap bulan di setiap daerah di Negeri Sembilan. Gunung Angsi di daerah Kuala Pilah merupakan destinasi pertama iaitu pada 27 April 2024 Yang lepas.
Program ini terbuka kepada semua dan menawarkan pelbagai aktiviti lain yang menarik. Anda boleh memilih untuk mengambil bahagian dalam acara mendaki atau mengikuti acara lain yang duseikan pihak penganjur.
Program ini sangat menggalakan dan akan menerima seribu sehingga ke 2 ribu peserta berngantung pada tempat mungkin ada yang tak sempat mendaki gunung ini akan pergi ke gunung lainya pada bulan hadapan.
Negeri Sembilan 7even Wonders Challenge, jadikan diri anda sebahagian daripada pergerakan untuk hidup sihat dan aktif. Bersama-sama, kita boleh menjadi lebih baik dan lebih aktif.
–GERBANGPOST.