Careplus cadang penempatan persendirian raih RM83 Juta

Careplus cadang penempatan persendirian raih RM83 Juta

KUALA LUMPUR,. Pengeluar sarung tangan, Careplus Group Bhd bercadang untuk melaksanakan langkah penempatan persendirian untuk mengumpul sehingga RM83 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, katanya penempatan persendirian itu melibatkan terbitan sehingga 53.13 juta saham Careplus baharu mewakili sehingga 10 peratus daripada jumlah saham terbitan Careplus sebanyak 531.36 juta sehingga 11 Jun, 2020.

Langkah penempatan persendirian itu akan ditawarkan kepada pelabur pihak ketiga bebas untuk dikenal pasti kemudiannya, dan pada harga terbitan yang akan ditentukan dan ditetapkan kemudian.

“Hasil daripada penempatan persendirian itu akan digunakan untuk perbelanjaan modal (RM76.51 juta), modal kerja (RM5 juta) dan perbelanjaan penempatan persendirian (RM1.45 juta),” katanya, sambil menambah sebahagian besar hasil akan digunakan untuk membiayai sebahagian pembelian jentera untuk mewujudkan 11 barisan pengeluaran baharu dan mesin pembungkusan pembedahan.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )