Celcom beri pulangan tunai 10 peratus melalui e-dompet

Celcom beri pulangan tunai 10 peratus melalui e-dompet

KUALA LUMPUR,. Celcom Axiata Bhd memberi pulangan sebanyak 10 peratus kepada pengguna prabayar Celcom Xpax mulai tengah hari esok sehingga 30 Jun apabila mereka membuat pengisian semula melalui aplikasi Celcom Life.

Tawaran inovatif ini adalah sejajar dengan pakej rangsangan ekonomi kerajaan untuk mengurangkan kesan ekonomi COVID-19, kata syarikat telekomunikasi (telco) dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Idham Nawawi berkata Celcom merupakan telco pertama di Malaysia yang membolehkan pulangan tunai sebagai usaha untuk membantu para pengguna dan mengurangkan kos sara hidup, melalui teknologi mata wang digital e-dompet yang boleh digunakan bagi membeli barangan harian.

“Memandangkan pengguna terus terlibat dalam ekosistem digital hari ini, kami juga sedar mengenai wabak COVID-19 yang telah memberi kesan kepada kehidupan mereka dan ekonomi negara.

“Pulangan tunai prabayar dan pascabayar Celcom akan menjadi manfaat tambahan kepada pelanggan, membolehkan mereka untuk membeli keperluan harian melalui e-dompet Boost, secara digital dan di semua kedai yang mengambil bahagian,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Celcom, pelan pascabayar MEGA yang baru dilancarkan dengan ciri Tukar Semula kini boleh dibeli dan terjual sehingga 30 Jun, membolehkan pengguna pascabayar untuk menukar kuota Internet yang tidak digunakan pada akhir setiap kitaran bil bagi pulangan tunai melalui Boost, dengan 10GB bersamaan pulangan tunai sebanyak RM5.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )