CEO Pfizer positif COVID-19 kali kedua

CEO Pfizer positif COVID-19 kali kedua

NEW YORK: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pfizer, Albert Bourla dijangkiti COVID-19 buat kali kedua.

Bourla, 60, disahkan positif buat kali pertama pada Ogos lalu dan telah menerima rawatan antiviral COVID-19 syarikat itu, Paxlovid.

Paxlovid adalah ubat antivirus yang digunakan untuk merawat pesakit berisiko tinggi seperti warga emas.

Sebelum ini, Bourla telah menerima empat dos vaksin COVID-19 yang dibangunkan Pfizer dan rakan kongsi dari Jerman iaitu BioNTech.

sumber – Agensi / Sinar Harian

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)