China ambil alih konsulat AS di Chengdu

China ambil alih konsulat AS di Chengdu

CHENGDU (CHINA),. Menteri Luar China memaklumkan pihak berkuasa telah mengambil alih konsulat Amerika Syarikat (AS) di sini, hari ini selepas Beijing membalas tindakan sama diambil AS dengan menutup pejabat konsulat negara itu di Houston.

Beijing mengesahkan konsulat itu telah ditutup pada jam 10 pagi tadi (waktu tempatan).

“Pihak berkuasa China kemudiannya masuk melalui pintu hadapan dan mengambil alih bangunan berkenaan,” kata Menteri Luarnya dalam satu kenyataan.

Hubungan AS-China merosot beberapa minggu kebelakangan ini dan sedang berada dalam fasa perang dingin.

Kedua-dua konsulat ini ditutup dalam tempoh 72 jam selepas arahan rasmi dikeluarkan.

Misi Beijing untuk menutup konsulat AS di Chengdu pada hari ini turut disertai polis dan pengawal yang melakukan sekatan jalan raya.

Media rasmi negara itu turut melaporkan kakitangan konsulat AS meninggalkan bangunan berkenaan sekitar jam 6 pagi tadi.

Konsulat AS di bandar itu meliputi wilayah barat daya China, termasuk Tibet.

Masyarakat Tibet turut mendakwa kerajaan pusat melakukan penindasan agama dan mengikis kebudayaan mereka.

Sementara itu, jurucakap Menteri Luar, Wang Wenbin memberitahu pemberita, beberapa kakitangan AS di konsulat Chengdu terbabit dalam aktiviti luar daripada kapasiti mereka, termasuk campur tangan dalam isu dalaman dan meletakkan keselamatan dan kepentingan negara itu dalam bahaya.

Dalam masa sama, jurucakap Washington pula berkata, mereka tidak dapat menerima tindakan konsulat China di Houston yang mencuri rahsia korporat dan kajian perubatan serta saintifik hak milik AS. – AFP

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )