China berjaya lancar kapal angkasa Shenzhou-13 bersama 3 angkasawan

JIUQUAN: Roket pengangkut Long March-5F Yao-13 yang mengangkut kapal angkasa Shenzhou-13 berjaya dilancarkan dari pusat pelancaran satelit Jiuquan pada 12.23 tengah malam waktu Beijing.

Kira-kira 582 saat selepas itu, Shenzhou-13 berpisah dengan roket dan memasuki orbit sekali gus menandakan misi membawa tiga angkasawan iaitu Zhai Zhigang, Wang Yaping dan Ye Guangfu ke ruang angkasa berjaya.

Ini adalah misi ke-21 sepanjang pelaksanaan projek penerbangan angkasa lepas membawa angkasawan China, dan juga misi kedua penerbangan bermanusia selepas pelaksanaan projek itu memasuki fasa baharu yang mengutamakan stesen angkasa.

Shenzhou-13 telah menyelesaikan penyambungan automatik dengan cepat, terdiri daripada modul teras stesen angkasa“Tianhe” dan kapal angkasa kargo Tianzhou-2 dan Tianzhou-3.

Selepas proses itu selesai, angkasawan Zhai Zhigang membuka pintu Tianhe pada 9.58 pagi tadi, dan ketiga-tiga angkawasan berkenaan memasuki modul itu untuk memulakan misi selama enam bulan.

Antara misi yang akan dijalankan angkasawan berkenaan ialah mengoperasi manipulator, aktiviti berjalan di angkasa, pemindahan kabin serta menguji beberapa teknologi penting.

– BERNAMA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )