City sedia ikat Ake dengan nilai RM226 juta

City sedia ikat Ake dengan nilai RM226 juta

LONDON,. Manchester City bersedia menandatangani pemain pertahanan Belanda, Nathan Ake dari Bournemouth selepas bersetuju dengan perjanjian bernilai 41 juta pound (RM226 juta), menurut laporan media Britain.

City dilaporkan mengadakan rundingan bayaran 40 juta pound (RM220 juta) bersama Bournemouth, dengan perjanjian itu berpotensi meningkat sebanyak 1 juta pound (RM5.5 juta) lagi bergantung kepada klausa.

Kemungkinan Ake tiba di Stadium Etihad akan berlaku selepas City mengalami musim yang buruk di bahagian pertahanan berikutan penghijrahan Vincent Kompany ke Anderlecht tahun lalu.

Kecederaan panjang dialami Aymeric Laporte dan persembahan mengecewakan dari John Stones dan Nicolas Otamendi, menyaksikan bos City, Pep Guardiola terpaksa mengerahkan pemain tengah Brazil, Fernandinho di bahagian pertahanan tengah.

– AFP

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )