Coca-Cola Menarik Balik Produk Eropah Susulan Kandungan Klorat Tinggi

Coca-Cola Menarik Balik Produk Eropah Susulan Kandungan Klorat Tinggi

28 Januari 2025, / BRUSSELS: Coca-Cola telah menarik balik sejumlah produknya yang dijual di beberapa negara Eropah setelah dikesan mengandungi kadar klorat yang tinggi, lapor Agensi Anadolu (AA).

Menurut Agensi Persekutuan untuk Keselamatan Rantaian Makanan (FASFC) Belgium, penarikan balik tersebut melibatkan produk yang dihasilkan antara 23 November hingga 3 Disember 2024.

Antara produk yang terlibat adalah Coca-Cola, Fanta, Sprite, Fuze Tea, Nalu, Minute Maid, Tropico, dan Royal Bliss, yang dijual dalam tin serta botol kaca dengan kod pengeluaran antara 328 GE dan 338 GE.

Pengguna diminta untuk tidak meminum produk-produk tersebut dan mengembalikannya ke tempat jualan.

Semua produk yang ditarik balik ini dihasilkan di kilang Coca-Cola di Ghent, Belgium. Selain Belgium, produk tersebut turut dijual di Belanda, United Kingdom, Jerman, Perancis, dan Luxembourg.

Klorat terhasil apabila disinfektan berasaskan klorin digunakan dalam rawatan air dan pemprosesan makanan, yang menjadi punca penarikan balik tersebut.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )