Coutinho kembali ke Barcelona semula?

Coutinho kembali ke Barcelona semula?

BARCELONA,. Philippe Coutinho tampak akan kembali ke Barcelona musim depan selepas diyakinkan pengurus baharu Ronald Koeman bahawa pemain itu penting dalam perancangannya.

Coutinho menghabiskan semusim secara pinjaman di Bayern Munich dan masuk selaku pemain gantian babak kedua ketika gergasi Jerman itu menewaskan PSG 1-0 seterusnya menang Liga Juara-Juara semalam.

Adalah kurang jelas mengenai masa depannya dengan Arsenal dikatakan berminat manakala presiden Barca, Josep Bartomeu berkata terpulang kepada Koeman sama ada mahu menjual pemain itu atau tidak.

Namun menurut Mundo Deportivo, Koeman sudah menghubungi Coutinho semalam bagi mengucapkan tahniah kerana kejayaan dalam Liga Juara-Juara dan bertanyakan sama ada dia mahu kekal.

Difahamkan Koeman mengagumi pemain itu ketika Coutinho masih bersama Liverpool manakala pengendali dari Belanda itu menguruskan Southampton dan Everton.

Koeman dikatakan memberitahu pemain tengah penyerang itu bahawa dia akan menjadi kesebelasan utama bagi pasukan berwajah baharu mahu dibentuknya.

Dan dia juga mahu memastikan pemain itu meraih kejayaan kedua Liga Juara-Juara musim depan namun kali ini bersama Barcelona. – Agensi

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)