COVID: 1,500 penduduk Kampung Muara Tuang jalani saringan ACD

COVID: 1,500 penduduk Kampung Muara Tuang jalani saringan ACD

KUCHING, 15 Feb — Seramai 1,500 penduduk daripada 180 buah rumah dari Kampung Muara Tuang, Kota Samarahan, menjalani saringan pengesanan kes secara aktif (ACD) susulan peningkatan jangkitan wabak COVID-19 di kawasan berkenaan.

Unit Khidmat Awam Sarawak (UKAS) Jabatan Ketua Menteri dalam kenyataan memaklumkan ujian saringan itu dijalankan dari rumah ke rumah dan turut diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Muara Tuang bermula 8.30 pagi sehingga 3.00 petang hari ini.

Ujian saringan itu dikendalikan Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Samarahan.

Seramai 84 petugas terlibat dalam mengendalikan proses saringan itu, termasuk Pejabat Residen Bahagian Samarahan, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Setakat semalam, sebanyak 192 kes positif COVID-19 direkodkan di Bahagian Samarahan manakala 12 kes baharu dicatatkan.

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )