COVID-19: 105 kes baharu, satu kematian di Sarawak -JPBN

COVID-19: 105 kes baharu, satu kematian di Sarawak -JPBN

KUCHING, 1 Feb — Sebanyak 105 kes baharu positif COVID-19 dikesan di Sarawak hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif wabak itu ialah 4,555 kes, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

Jawatankuasa itu dalam kenyataan menyatakan, satu lagi kes kematian akibat jangkitan COVID-19 dilapor di negeri berkenaan, menjadikan jumlah keseluruhan 39 kes kematian.

Menurut kenyataan itu, mangsa dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sibu pada 29 Jan, sebelum disahkan meninggal dunia pada 8:01 pagi, 31 Jan.

“Kes ini juga mempunyai sejarah komplikasi kesihatan lain, seperti masalah paru-paru kronik tahap empat, darah tinggi dan gout,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, mengisytiharkan satu lagi kluster baharu iaitu Kluster Bintang Daily di Daerah Meradong, bahagian Sarikei.

Sehingga kini, sejumlah 12 kluster masih aktif di Sarawak iaitu, Kluster Bintang Daily, Maradong; Kluster Jalan Pengiran, Matu; Kluster Tabong, Bau; Kluster Bedayan, Serian; Kluster Rakut, Bah Sayap dan Jelita, Miri; Kluster Bukit Sekubong, Sebauh.

Selain itu, Kluster Pasai, Sibu; Kluster Keranji Tabuan, Stutong dan Indah Riang, Kuching.

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)