COVID-19: 1,116 kes baharu, Selangor masih catat kes tertinggi – KKM

COVID-19: 1,116 kes baharu, Selangor masih catat kes tertinggi – KKM

KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,116 kes baharu COVID-19 dicatatkan hari ini, dengan Selangor masih mencatat kes harian baharu tertinggi iaitu 403 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah (gambar).

Beliau berkata 1,495 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh dalam negara adalah 318,784 kes.

“Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 1,108 adalah kes tempatan manakala lapan lagi adalah kes import, selain lima kematian turut direkodkan di Negeri Sembilan, Sabah, Pahang, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata sebanyak 156 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 60 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Selain Selangor, negeri yang mencatatkan kes tinggi ialah Kuala Lumpur dengan 158 kes, diikuti Sarawak iaitu 124 kes.

Sementara itu, beliau berkata 10 kluster baharu dikenal pasti melibatkan lapan kluster tempat kerja di Kuala Lumpur, Johor, Labuan, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan serta dua kluster komuniti di Sarawak dan Johor, manakala jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 896.

– Bernama

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )