COVID-19: 22,341 kes baharu, 85 kematian direkodkan pada hari Sabtu

COVID-19: 22,341 kes baharu, 85 kematian direkodkan pada hari Sabtu

KUALA LUMPUR: Kes baharu COVID-19 di negara ini menunjukkan sedikit penurunan apabila sebanyak 22,341 kes dicatatkan pada Sabtu berbanding 27,004 pada Jumaat.

Statistik itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia kepada 3,974,019 kes.

Daripada jumlah kes baharu itu, 21,817 kes melibatkan jangkitan tempatan, manakala 524 kes import.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata daripada jumlah keseluruhan kes baharu, 10,181 kes atau 45.57 peratus adalah kategori 1, manakala kategori 2 ialah 12,007 kes (53.75 peratus).

Manakala kategori 3 pula mencatatkan 58 kes atau 0.26 peratus, kategori 4 sebanyak 45 kes (0.20 peratus) dan kategori 5 sebanyak 50 kes (0.22 peratus).

Dalam perkembangan sama, Dr Noor Hisham berkata sebanyak 390 kes dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 219 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Bagi kesemua kes, beliau berkata sebanyak 33,347 kes direkodkan.

Enam lagi kluster baharu direkodkan, dengan 316 kluster masih aktif.

Sementara itu, nilai Kadar Berjangkit COVID-19 (R-Naught atau R0) di seluruh negara ketika ini ialah 0.92, dengan Sarawak mencatatkan bacaan tertinggi pada 1.06.

Ia diikuti Kuala Lumpur dengan bacaan R-Naught 1.01, manakala Negeri Sembilan dan Perak masing-masing 1.01

Menurut maklumat di laman web COVID.NOW juga, sebanyak 85 kematian akibat jangkitan COVID-19 direkodkan setakat tengah malam tadi, dengan 23 kematian berlaku di luar hospital.

Jumlah kematian meningkat kepada 34,329 kes.

-Astro Awani

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )