COVID-19: 28,298 kes baharu, 374 di ICU – DG

COVID-19: 28,298 kes baharu, 374 di ICU – DG

KUALA LUMPUR : Sebanyak 28,298 kes baharu COVID-19 dilaporkan pada Khamis menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,900,433 kes. Daripada jumlah itu, 27,600 kes melibatkan jangkitan tempatan, manakala 698 adalah kes import.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan,daripada jumlah keseluruhan kes baharu, kategori 1: 11,936 kes (42.18%); kategori 2: 16,148 kes (57.06%); kategori 3: 100 kes (0.35%); kategori 4: 55 kes (0.20%) dan kategori 5: 59 kes (0.21%).

Daripada 214 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5, 56 kes tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, 101 kes telah menerima dua dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak ,57 kes telah menerima dos penggalak, 119 kes berumur 60 tahun dan ke atas, 82 kes mempunyai komorbid dan 2 kes ibu mengandung.

Sebanyak 374 kes dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dengan 233 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. Jumlah kes sembuh pula adalah 33,009 kes. Enam lagi kluster baharu direkodkan, dengan 346 kluster masih aktif.

-DG

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )