COVID-19: 33 hari berturut-turut Vietnam tidak lapor kes penularan komuniti

COVID-19: 33 hari berturut-turut Vietnam tidak lapor kes penularan komuniti

HANOI, 19 Mei  — Vietnam pada Selasa masih mengekalkan tiada sebarang kes COVID-19 dilaporkan membabitkan penularan komuniti selama 33 hari berturut-turut, menurut Jawatankuasa Pemandu bagi Pencegahan dan Pengawalan COVID-19, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Jumlah kes kekal 324 termasuk 184 kes import.

Sebanyak 11,326 orang berada di bawah pemantauan atau kuarantin, 302 daripadanya berada di hospital, 8,929 di kemudahan khas, selebihnya di rumah.

Sebanyak 263 pesakit atau 81 peratus sudah sembuh sementara selebihnya dirawat di lapan pusat perubatan.

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )