COVID-19: 5,594 kes baharu dilaporkan, 63 lagi kematian – KKM

KUALA LUMPUR: Negara mencatat 5,594 kes jangkitan baharu COVID-19 pada Selasa, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Dr Noor Hisham memaklumkan, berikutan pertambahan angka baharu itu, jumlah kumulatif jangkitan COVID-19 dalam negara kini mencapai 2,597,080.

Sebahagian besar daripada jumlah kes baharu bagaimanapun hanya melibatkan pesakit kategori 1 dan 2 iaitu sebanyak 98.5 peratus atau 5,509 kes. Manakala selebihnya, 1.5 peratus atau bersamaan 85 kes adalah pesakit kategori 3, 4 dan 5.

Beliau turut memaklumkan kes sembuh hari ni adalah sebanyak 4,908 kes dengan jumlah keseluruhan kes pulih kini 2,498,345 kes. Manakala jumlah keseluruhan kematian disebabkan COVID-19 kini melebihi 30,000 orang daripada lebih 2 juta kes positif COVID-19 yang dikesan.

Setakat malam tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 63 lagi kematian baharu akibat wabak itu, sekali gus menjadikan jumlahnya kini 30,063 kes. Menurut data KKM di portal COVIDNOW, 13 daripada 63 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

-Agensi

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )