COVID-19: 7,509 jangkitan baharu, 9,531 kes sembuh dilaporkan – KKM

COVID-19: 7,509 jangkitan baharu, 9,531 kes sembuh dilaporkan – KKM

KUALA LUMPUR: Sejumlah 7,509 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan dalam 24 jam yang lalu iaitu sedikit peningkatan berbanding semalam. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes ketika ini adalah 2,384,542 kes.

Maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman COVIDNOW: covidnow.moh.gov.my

Pada Jumaat, sejumlah 7,420 kes baharu COVID-19 dilaporkan.

Sementara itu, dalam kenyataan media hariannya, Dr Noor Hisham berkata, daripada 7,509 jangkitan baharu, 7,493 merupakan penularan tempatan sementara baki16 kes merupakan kes import.
“Daripada 7,509 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 116 kes (1.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5 dan 7,393 kes (98.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya.

Selain itu, beliau turut memaklumkan 9,531 kes sembuh baharu dilaporkan hari ini. Dalam pada itu, 695 kes kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 347 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Pada masa sama, beliau memalumkan sejumlah sembilan kluster baharu dilaporkan hari ini dengan 702 kluster masih aktif.

-MOH

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)