COVID-19: Angka kematian melepasi 290,000 di seluruh dunia

COVID-19: Angka kematian melepasi 290,000 di seluruh dunia

PARIS,. Pandemik COVID-19 kini sudah meragut lebih daripada 290,000 nyawa di seluruh dunia, menurut laporan sumber rasmi AFP pada 2200 GMT, pada Selasa.

Secara keseluruhan, 290,477 kematian telah didaftarkan, dengan Eropah menyumbang sebanyak 159,205 kematian.

Amerika Syarikat adalah negara yang paling teruk terjejas dengan 82,105 kematian, diikuti Britain (32,692), Itali (30,911), Perancis (26,991) dan Sepanyol (26,920).

Sementara itu, 4.23 juta kes dilaporkan dari lebih 180 negara dan wilayah di seluruh dunia.- AFP

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )