COVID-19: Angka korban dunia hampiri 774,000

WASHINGTON,. Jumlah korban akibat COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat dengan 5,000 kes kematian dalam tempoh 24 jam.

Angka itu dikeluarkan Johns Hopkins University dengan jumlah kumulatif kematian global kini menghampiri 774,000.

Amerika Syarikat (AS) terus kekal di kedudukan teratas dalam senarai negara paling teruk terkesan dengan penularan pandemik itu apabila merekodkan 170,019 kematian sehingga kini.

Ia diikuti Brazil dengan 107,852 kematian, Mexico (56,543), India (49,980), United Kingdom (UK) (46,791), Itali (35,396), Perancis (30,410), Sepanyol (28,617) dan Peru (26,075).

Negara lain masih mencatatkan angka korban bawah 20,000 orang.

Bagi kes jangkitan, setakat ini, AS merekodkan lebih 5.4 juta kes positif COVID-19, diikuti Brazil (3.34 juta), India (2.6 juta), Russia (920,719), Afrika Selatan (587,345), Peru (525,803) dan Mexico (517,714). – Agensi

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )