COVID-19: Australia catat kadar pengangguran tertinggi dalam tempoh dua dekad

COVID-19: Australia catat kadar pengangguran tertinggi dalam tempoh dua dekad

SYDNEY,. Kadar pengangguran di Australia meningkat pada paras tertinggi dalam tempoh dua dekad, bulan lalu apabila ratusan ribu orang kehilangan pekerjaan akibat pandemik COVID-19, menurut sumber data rasmi.

Biro Perangkaan Australia melaporkan kadar pengangguran pada Mei lalu meningkat hingga 7.1 peratus berikutan jumlah pekerjaan menurun sebanyak 227,700.

Dolar Australia juga lemah berbanding mata wang utama dan pasaran saham ASX 200 dilaporkan turun sebanyak 1.6 peratus.

Kadar pengangguran bertambah sebanyak lima peratus sebelum Februari apabila larangan perjalanan dikenakan dan perniagaan diarahkan untuk mengambil langkah penjarakan sosial.

Kadar pengangguran juga meningkat dari 6.4 peratus pada April dan terus meningkat hampir dua mata peratusan dari tahun ke tahun.

Kali terakhir kadar pengangguran tertinggi ialah tujuh peratus iaitu pada Oktober 2001.- AFP

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )