COVID-19: BNM umum penangguhan bayaran pinjaman sehingga enam bulan

COVID-19: BNM umum penangguhan bayaran pinjaman sehingga enam bulan

KUALA LUMPUR,. Pelanggan bank, termasuk pelanggan persendirian dan perniagaan kecil dan sederhana akan dibenarkan menangguh pembayaran balik pinjaman sedia ada mereka untuk enam bulan.

Penangguhan ini bersifat automatik dan terpakai kepada semua hutang termasuk pinjaman perumahan dan kereta.

Namun, hutang kad kredit tidak akan termasuk dalam penangguhan, kata Bank Negara Malaysia (BNM) menurut dokumen yang diserahkan kepada bank-bank di Malaysia.

“Bagi hutang kad kredit yang tidak tertunggak, bank akan menawarkan pelan pembayaran secara berperingkat selama tiga tahun.
“Bagi hutang kad kredit yang tertunggak, hutang akan ditukarkan secara automatik kepada pinjaman berjadual,” katanya.

Menurut BNM, usaha ini adalah untuk memastikan peminjam yang terkesan susulan penularan COVID-19 akan dapat dibantu.
Kenyataan berkenaan dikeluarkan BNM pada Selasa dan akan berkuat kuasa bermula 1 April.

Ia akan terpakai kepada pinjaman dalam Ringgit Malaysia (RM) dan bagi hutang yang tidak tertangguh melebihi 90 hari pada 1 April.

Menurut BNM, maklumat penuh akan disampaikan bank masing masing.

Untuk maklumat lanjut, pengguna dinasihatkan merujuk kepada bank masing-masing.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )