COVID-19: Britain fokus ujian antibodi

LONDON,.Britain memberi fokus kepada dua jenis ujian bagi mencegah penularan COVID-19, iaitu bagi mengesan virus dan melihat kemampuan antibodi bagi melawannya, lapor Ketua Penasihat Saintifik, Patrick Vallance.

Patrick berkata, ujian kedua membabitkan pengesanan antibodi itu adalah langkah terbaharu bagi mengekang penularan wabak berkenaan.

“Ujian antibodi ini sedang dilakukan secara progresif,” katanya.

Patrick berkata, setakat ini kerajaan sedang mencari jalan terbaik bagi memperluaskan ujian berkenaan dalam usaha mengekang penularan wabak yang diisytiharkan sebagai pandemik itu di Britain. – REUTERS

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )