COVID-19: Chelsea sumbang 78,000 makanan percuma

COVID-19: Chelsea sumbang 78,000 makanan percuma

LONDON,. Chelsea akan menyumbangkan 78,000 makanan percuma kepada Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) dan pusat kebajikan yang membantu warga emas dan golongan yang memerlukan sepanjang pandemik COVID-19, kata kenyataan dikeluarkan kelab itu, awal pagi tadi.

Sumbangan The Blues itu akan meringankan beban kakitangan NHS yang terpaksa bekerja dalam tempoh waktu yang lama di lima buah hospital.

“Kami sentiasa komited untuk membantu komuniti terutama mereka myang memerlukan pada tempoh sukar ini.

“Pemilik kami, Roman Abramovich sentiasa menggalakkkan kami untuk mencari jalan bagi membantu golongan yang memerlukan,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Stadium Old Trafford Manchester United yang kebiasaannya dilihat penuh dengan warna merah akan disinari cahaya biru sebagai tanda sokongan kepada NHS sepanjang pandemik melanda.

“Ia sebagai sokongan kepada usaha luar biasa barisan petugas hadapan yang berjuang melawan pandemik Covid-19,” kata United dalam satu kenyataan. – AFP

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )