COVID-19 di Indonesia: Kes positif 64,958 kematian 3,241

COVID-19 di Indonesia: Kes positif 64,958 kematian 3,241

JAKARTA, 6 Julai — Sebanyak 70 lagi kematian akibat virus COVID-19 di Indonesia dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan kematian kini 3,241 orang.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19 Achmad Yurianto berkata, kes positif virus itu juga berterusan meningkat kepada 64,958 kes, iaitu tambahan 1,209 kes baharu bagi tempoh berkenaan.

“Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 13,360 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19,” katanya dalam sidang media hariannya yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,053 kes, diikuti Jakarta (649 kes), Jawa Tengah (215), Kalimantan Selatan (202) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

Berdasarkan data kematian bagi tempoh 24 jam itu, 33 kematian berlaku di Jawa Timur, 15 kematian di Jawa Tengah dan selebihnya di wilayah lain di Indonesia.

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)