COVID-19: Dijangka 100,000 kematian di Amerika, bulan depan

COVID-19: Dijangka 100,000 kematian di Amerika, bulan depan

WASHINGTON,. Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkata, negara itu sedang berdepan senario terburuk dengan menjangkakan 100,000 kematian keseluruhan membabitkan COVID-19 pada bulan depan.

“Kita akan kehilangan sekitar 75,000 hingga 100,000 orang. Perkara ini sangat mengerikan,” katanya dalam satu mesyuarat secara maya di Fox News.

Menurut Trump, sekiranya penguatkuasaan perintah berkurung tidak dilaksanakan di negara itu, angka kematian dijangka jauh lebih tinggi, sekurang-kurangnya bakal meragut 1.2 juta rakyatnya.

Mengikut laporan dalaman daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), Amerika Syarikat yang dipetik daripada akhbar The New York Times, kes baharu dijangka melonjak naik pada pertengahan bulan ini dan mungkin mencecah 200,00 kes sehari pada 1 Jun nanti.

Bahkan, CDC turut menjangkakan angka kematian harian COVID-19 akan berganda kepada 3,000 korban.

Daripada sembilan model yang dipetik oleh CDC pada 1 Mei lalu, tiga daripadanya meramalkan 100,000 kematian bakal direkodkan dalam tempoh empat minggu ini.

Salah satu model daripada Massachusetts Institute of Technology menjangkakan 113,000 tambahan kematian pada 1 Jun nanti. – AFP

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )