COVID-19: India laksana perintah berkurung 21 hari

COVID-19: India laksana perintah berkurung 21 hari

NEW DELHI,. India umum laksana perintah berkurung seluruh negara dalam usaha membendung wabak COVID-19.

Perdana Menteri Narendra Modi berkata, perintah berkurung itu bermula pada jam 12 tengah malam Selasa waktu tempatan.

Katanya, sekatan itu akan dilaksanakan untuk tempoh tiga minggu.

“Untuk selamatkan India, rakyat, anda dan keluarga anda… semua jalan dan kawasan kejiranan akan ditutup,” katanya pada satu sidang media, Selasa.
Memetik laporan portal berita News18, beliau, bagaimanapun berkata, pengecualian perintah berkurung itu diberikan kepada beberapa sektor perkhidmatan penting negara dan industri kritikal.

Perintah itu mewajibkan semua rakyatnya untuk tinggal di rumah masing-masing semasa perintah berkurung demi keselamatan mereka.
Dalam pada itu, beliau memberi jaminan bahawa beberapa mekanisme akan dikawal oleh kerajaan bagi memastikan bekalan bahan-bahan penting disediakan dalam tempoh terdekat.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)