COVID-19: Jepun dijangka lancar pakej rangsangan ekonomi 100 trilion yen ion

COVID-19: Jepun dijangka lancar pakej rangsangan ekonomi 100 trilion yen ion

TOKYO,. Jepun dilaporkan sedang menimbang untuk melancarkan pakej ransangan semula ekonomi berjumlah kira-kira 100 trilion yen (RM4.05 trilion) bagi membantu syarikat dan pekerja yang terkesan pandemik COVID-19.

Menurut laporan Nikkei yang dipetik CGTN, pakej tersebut adalah susulan daripada pakej rangsangan 1.1 trilion yen (kira-kira RM4.5 trilion) yang diumumkan sebelum ini.

Pelan itu dijangka diluluskan pada Rabu ini dan akan turut mengandungi bayaran sewa syarikat serta subsidi upah.

Nikkei turut melaporkan, lebih 60 trilion yen akan digunakan sebagai bantuan perniagaan tanpa atau kurang kadar faedah, 12 trilion yen lagi adalah untuk sokongan modal dan selebihnya untuk membantu peminjam yang terjejas yang dijangka berjumlah 15 trilion yen.

Sokongan kewangan terhadap penganggur juga mencecah 330,000 yen sebulan.

Ekonomi Jepun hanya mencatat kadar pertumbuhan tahunan sehingga 3.2 peratus pada suku pertama tahun ini dan secara teknikalnya ia menjunam, buat kali pertama sejak pertengahan 2015.

Negara itu juga dilihat mengalami deflasi pertama kali dalam tempoh tiga tahun dengan kejatuhan nilai sehingg 0.2 peratus pada bulan lalu.

Ketika ini, jumlah kes COVID-19 negara itu semakin berkurangan dan Jepun dijangka akan mengakhiri sepenuhnya perintah kecemasan Isnin, sebelum ia berakhir pada 31 Mei. – Agensi

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)